Wednesday, December 9, 2009

Natrah


Malam semalam (8 Disember 2009), kumpulan RoadRunnerz telah menukar sedikit aktivitinya. Jika sebelum ini, banyak aktiviti jalan-jalan cari makan (rujuk blog http://kakimakanz.blogspot.com kali ini RoadRunnerz telah bertukar kepada culture vulture dengan menonton teater Natrah di Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Pertunjukan bermula pada pukul 8.30 malam. Kami tiba awal dan sempat makan malam di cafe Istana Budaya dan solat maghrib di surau. Kami juga sempat bergambar di hadapan poster pertunjukan.

Pertunjukan teater Natrah boleh dikatakan berjaya dengan persembahan mantap pelakon-pelakonmya dan juga prop yang briliiant.

Namun, dalam keasyikkan melayan lakonan, tidak dapat tidak kita memikirkan isu disebalik kisah Natrah ini. Cerita ini berlatarkan selepas perang dunia kedua di Malaya. Ia bermula dengan pendudukan jepun di Indonesia. Ibu kandung Natrah yang merupakan keturunan Belanda beragama katholik menyerahkan anaknya Maria (Natrah) yang masih kecil kepada Aminah seorang wanita tempatan beragama islam untuk dijaga sementara menunggu perang tamat. Ibu kandung Natrah telah lari pulang ke Belanda apabila jepun berjaya menawan indonesia.

Aminah kemudiannya membawa Natrah ke Kemaman Terengganu, Malaya. Natrah dijaga seperti anaknya sendir dan telah diajar budaya melayu dan agama islam. Maksudnya, Natrah dijadikan seorang beragama islam.

8 tahun kemudian, ibu bapa Natrah berjaya menjejaki Natrah. Aminah telah diperdaya untuk membawa Natrah ke Singapura yang dibawah kekuasaan Inggeris.

Di dalam pergolakan tersebut, Aminah telah sempat mengahwinkan Natrah dengan seorang pemuda, Mansor Adabi di Singapura. Setelah melalui pelbagai peringkat prosiding undang-undang, mahkamah telah memutuskan bahawa Natrah harus dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.

Isu Natrah ini bukan sahaja melibatkan perebutan antara aminah dan keluarga kandung beliau, tapi ia telah dieksploitasi oleh pihak Inggeris/belanda dan nasionalis pada masa tersebut. Perebutan hak penjagaan kini bertukar kepada isu agama dan kemerdekaan dari penjajahan.

Aminah tidak mahu menyerahkan Natrah kerana ingin menjaga akidah Natrah. Nasionalis menjadikan Natrah sebagai simbol kesombongan penjajah yang dimanifestasi di dalam keputusan mahkamah yang dikatakan tidak adil.

Persoalannya, apakah yang memberikan hak kepada Aminah untuk menukar agama Natrah daripada katholik kepada Islam. Dia memegang janji dan amanah untuk menjaga Natrah semasa perang. Adakah alasan menjaga akidah Natrah adalah satu justifikasi apabila dia sendiri telah memecah amanah yang diberikan kepadanya?

No comments: