Sunday, January 3, 2010

pest control semulajadi


Saya ada menanam pokok limau dirumah. Selain gembira kerana sumber limau kasturi dan harum daun limau, saya juga selalu pening kepala kerana daun imau yang harum ini juga menraik perhatian haiwan perosak. Serangga selalu menjadikan daun limau terutama pucuk yang muda sebagai diet mereka. Saya tidak mahu menggunakkan racun serangga kerana ingin mencuba metode yang mesra alam.

Selalunya saya akan memeriksa daun limau sekali seminggu tapi usaha ini tidak berjaya kerana serangga ini hanya mengambil masa sehari untuk membotakkan separuh daripada pokok limau. Sehinggalah seorang kawan mencadangkan saya menggunakan air bawang putih.

Caranya, tumbuk 3 ulas bawang putih dengan lesung batu. masukkan ke dalam 'sprinkler', campurkan dengan air. semburkan ke daun pokok limau anda. Saya telah mencuba kaedah ini selama 6 bulan dan ia amat berjaya. Bergantung kepada cuaca, selangkan semburan ini sebulan sekali. Bawang putih bukan sahaja berguna untuk 'menghalau' vampire tapi juga berkesan menghalau makhluk perosak....