Friday, December 18, 2009

Maninjau Chalet, Janda Baik Pahang


Hanya 40 minit daripada kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menikmati kehijauan hutan belantara dan kesejukan air sungai. Destinasi kami kali ini ialah maninjau camp di Janda Baik, Pahang. Tidak tahu pula asal usul nama 'Janda Baik' ni. Mungkin...i don't know, baik jangan buat apa-apa andaian ha ha ha ha.

Camp Maninjau ni diuruskan oleh Pak Latif. Pak Latif juga memiliki kedai runcit berhampiran dengan camp ni. Ada Chalet, tapak khemah, dewan aktiviti, surau, tandas, tempat latihan bina semanagat, tempat BBQ dan yang paling penting...sungai!

Sungai disini tidak lah dalam sangat jadi amat sesuai untuk family yang ada anak kecil.

Kali ini, kami memilih chalet untuk wanita dan yang lelaki tidur didalam khemah. selepas mandi sungai, kami mula menghidupkan api untuk BBQ. By 8pm kami dah mula makan ayam panggang, kentang, sosej dan apa saja makanan yang boleh dipanggang. Makanan dan air macam bottomless..all u can eat. Ada yang menikmati keindahan bintang dan ada yang menghabiskan masa jadi real property guru dengan bermain monopoly. Semakin malam suasana semakin sejuk...by 1am mata semakin mengantuk, basuh muka gosok gigi dan boommmhit the sleeping bag in the tent dan light off.

Bukak mata, masih gelap. basuh muka dan lepak di kerusi melayan perasaan. bila hari semakin terang, aku cuma duduk ditepi sungai sambil membaca buku. Suasana memang tenang dan aku dah lama tak membaca buku dalam keadaan yang cukup tenang. Terasa seperti masa terhenti, hanya aku sungai dan alam semula jadi.

Selepas breakfast, jam menunjukkan pukul 9 pagi. Masih sejuk dan aku pasti air sungai pun lebih sejuk lagi. Tanpa buang masa, aku bertukar ke pakaina mandi dan terus bedebush ke dalam sungai. tak payah pikir panjang tentang betapa sejuknya air sungai ni....just do it.

Tepat jam 12, kami mula packing balik. Terasa berat juga nak meninggalkan ketenangan di hutan rimba ni. Tapi, aku akan kembali lagi, mungkin tidak ditempat yang sama, tapi di tempat yang menjanjikan ketenangan yang sama.

Wednesday, December 9, 2009

Natrah


Malam semalam (8 Disember 2009), kumpulan RoadRunnerz telah menukar sedikit aktivitinya. Jika sebelum ini, banyak aktiviti jalan-jalan cari makan (rujuk blog http://kakimakanz.blogspot.com kali ini RoadRunnerz telah bertukar kepada culture vulture dengan menonton teater Natrah di Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Pertunjukan bermula pada pukul 8.30 malam. Kami tiba awal dan sempat makan malam di cafe Istana Budaya dan solat maghrib di surau. Kami juga sempat bergambar di hadapan poster pertunjukan.

Pertunjukan teater Natrah boleh dikatakan berjaya dengan persembahan mantap pelakon-pelakonmya dan juga prop yang briliiant.

Namun, dalam keasyikkan melayan lakonan, tidak dapat tidak kita memikirkan isu disebalik kisah Natrah ini. Cerita ini berlatarkan selepas perang dunia kedua di Malaya. Ia bermula dengan pendudukan jepun di Indonesia. Ibu kandung Natrah yang merupakan keturunan Belanda beragama katholik menyerahkan anaknya Maria (Natrah) yang masih kecil kepada Aminah seorang wanita tempatan beragama islam untuk dijaga sementara menunggu perang tamat. Ibu kandung Natrah telah lari pulang ke Belanda apabila jepun berjaya menawan indonesia.

Aminah kemudiannya membawa Natrah ke Kemaman Terengganu, Malaya. Natrah dijaga seperti anaknya sendir dan telah diajar budaya melayu dan agama islam. Maksudnya, Natrah dijadikan seorang beragama islam.

8 tahun kemudian, ibu bapa Natrah berjaya menjejaki Natrah. Aminah telah diperdaya untuk membawa Natrah ke Singapura yang dibawah kekuasaan Inggeris.

Di dalam pergolakan tersebut, Aminah telah sempat mengahwinkan Natrah dengan seorang pemuda, Mansor Adabi di Singapura. Setelah melalui pelbagai peringkat prosiding undang-undang, mahkamah telah memutuskan bahawa Natrah harus dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.

Isu Natrah ini bukan sahaja melibatkan perebutan antara aminah dan keluarga kandung beliau, tapi ia telah dieksploitasi oleh pihak Inggeris/belanda dan nasionalis pada masa tersebut. Perebutan hak penjagaan kini bertukar kepada isu agama dan kemerdekaan dari penjajahan.

Aminah tidak mahu menyerahkan Natrah kerana ingin menjaga akidah Natrah. Nasionalis menjadikan Natrah sebagai simbol kesombongan penjajah yang dimanifestasi di dalam keputusan mahkamah yang dikatakan tidak adil.

Persoalannya, apakah yang memberikan hak kepada Aminah untuk menukar agama Natrah daripada katholik kepada Islam. Dia memegang janji dan amanah untuk menjaga Natrah semasa perang. Adakah alasan menjaga akidah Natrah adalah satu justifikasi apabila dia sendiri telah memecah amanah yang diberikan kepadanya?

Friday, December 4, 2009

ayat-ayat cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud

Lirik ayat ayat cinta
penyanyi: Rossa