Thursday, October 8, 2009

Universiti Malaya climbs 50 spots to No. 180 in THE-QS rankings


Saya tertarik dengan artikel ini bukan disebabkan saya menghabiskan 4 tahun di fakulti undang-undang UM. Bukan juga disebabkan saya sedang melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana undang-undang di universiti yang sama...bukan...

Rasa bangga...adalah sedikit. Tidak dapat tidak saya berkongsi tradisi kecemerlangan ilmu di UM. Um bukan sahaja menuntut pelajar-pelajarnya komited dalam pembelajaran, ia juga merupakan satu inkubator dalam mendidik cara bermasyarakat di dalam kepelbagaian etnik di Malaysia ini.

Saya berpendapat bahawa UM merupakan satu tempat yang terbaik di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam UM, anda dapat merasakan satu kelainan daripada universiti-universiti yang lain. Jika anda mampu ke luar negara...silakan. Tetapi, bagi sesiapa yang terpaksa menggunakan sendiri, UM is 'second to none'.

UM mempunyai satu budaya dan tradisi ilmu yang telah berjaya melahirkan ramai pemimpin-pemimpin negara.
Apabila UM tidak diumumkan sebagai 'apex university', saya adalah diantara ribuan orang yang tertanya-tanya; dimanakah silapnya? Tetapi, saya tidaklah begitu teruja dengan label 'apex university'. "it's all forms rather than substance". Kita sendiri maklum dengan nasib dan kedudukan apex university di Malaysia ini...biarlah fakta 'speak for itself".
Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak UM. Para pensyarah memang tidak dinafikan kepakaran mereka. Tetapi, dari segi pentadbiran, masih banyak yang perlu diperbaik. Sehingga kini, satu-satu masa yang saya tidak gemar adalah dipermulaan semester. Urusan pemilihan subjek dapat dibuat 'online'. Pembayaran juga boleh dibuat secara online. tetapi bila saya mahu membuat pengeluaran penididkan di KWSP, saya masih perlu mengemukakan resit pembayaran. Surat daripada UM kepada KWSP juga mengambil masa hampir satu minggu untuk disiapkan. Saya pernah mengambil ijazah sarjana pentadbiran perniagaan di UiTM, dan urusan KWSP ini dapat diselesaikan dalam masa setengah hari! Saya juga tidak pasti sama ada rekod pembayaran yuran saya juga 'dikongsi' bersama oleh pihak perpustakaan...

Walaupun begitu, saya menerima hakikat bahawa setiap institusi mempunyai kelemahan masing-masing. UM tidak terkecuali dari hakikat ini. Namun, jika kelemahan ini dapat diperelok, saya yakin, UM akan dapat pergi lebih maju lagi di masa hadapan.

No comments: